Sunday, January 16, 2011

Panggilan kertas kerja - BICARA DAKWAH KALI KE 10

Panggilan kertas kerja

BICARA DAKWAH KALI KE 10
Dakwah Menerusi Media Baru
22 MAC 2011
Selasa
9.00 pagi— 5.00 petang

Bilik Senat , Aras 5,
Bangunan Canselori, UKM.
Anjuran:
Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM. 

Abstrak dan kertas kerja
Fokus utama kepada Bicara Dakwah kali ini ialah kepada dakwah menerusi media baru. Ia meliputi sub-sub tema di bawah:
· Pembangunan ilmu-ilmu Islam
· Psikologi dakwah
· Pengurusan dakwah
· Politik dan demokrasi
· Metodologi dakwah
· Institusi dan organisasi Islam
· Generasi baru, wanita dan warga tua
· Pemikiran Islam semasa
· Metode pembelajaran dan pengajaran
· Sosial dan pendidikan
· Radikalisme
· Etika dan undang-undang
Sub-sub tema lain yang difikirkan sesuai boleh juga dikemukakan.

Abstrak hendaklah dihantar kepada urusetia sebelum 15 Februari 2011. Kertas kerja penuh hendaklah dihantar sebelum 15 Mac 2011. Abstrak dan kertas kerja hendaklah diihantar dalam bentuk soft copy kepada faisal@ukm.my:

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada:
Muhamad Faisal Ashaari
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
UKM, 43600 Bangi, Selangor
Tel no. : 03-89215528 / 03-89215533
Fax no. : 03-89213152
E-mail : faisal@ukm.my

Broshure : Sila klik sini.

Selamat Datang

Assalamualaikum.
Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung blog Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.