Monday, May 5, 2014

BICARA DAKWAH KALI KE 15 (6 Mei:: Selasa)


BICARA DAKWAH KALI KE 15 
Pengurusan Dakwah Kontemporari” 

PENDAHULUAN
Perkembangan pesat dalam arus kemodenan telah menyaksikan perubahan landskap geo politik dan social yang sangat berbeza berbanding dengan 10 tahun yang lalu. Interaksi sesama manusia berlaku sangat pantas yang memerlukan kepada manusia yang gaya dan budaya berfikir yang baru. Justeru, dalam menjalankan usaha dakwah, pengurusan dakwah yang sesuai dengan keadaan semasa amat diperlukan. Ia perlu menyentuh pelbagai aspek pengurusan manusia dari pengurusan kehidupan peribadi hinggalah kepada pengurusan politik antarabangsa.

Memandangkan pengurusan dakwah merupakan bidang yang penting untuk ditumpukan untuk menjayakan dakwah, ia perlu dijalankan secara kolektif dan bersepadu. Bicara Dakwah kali ini sebagai salah satu
usaha itu bagi mengumpulkan pandangan, idea-idea, hasil kajian dan sebagainya untuk bukan sekadar untuk membangunkan konsep dan teori, tetapi boleh memberikan cadangan dan saranan yang praktikan untuk diaplikasikan di dalam bidang dakwah.

OBJEKTIF
Objektif Bicara Dakwah Ke 15 ini ialah untuk:
1. Membincangkan konsep, teori  dan pelaksanaan berkaitan pendekatan baru di dalam dakwah era kontemporari.
2. Membincangkan idea-idea, hasil kajian dan penemuan terbaru dalam dakwah kontemporari.
3. Membincangkan rangka dan strategi yang berkesan di dalam menguruskan dakwah dalam dunia kontemporari.

TENTATIF

8.30 pagi:       Pendaftaran
9.00 pagi:       Ucapan Pengerusi Bicara Dakwah kali ke 15
9.15 pagi:       Sidang Pembentangan 1 (Bilik Senat) 
                            Tema: DAKWAH DAN PSIKOLOGI & KAUNSELING
                            Sidang Pembentangan 2 (Bilik Majlis)
                            Tema: DAKWAH DAN KOMUNIKASI

10.45 pagi: Rehat

11.00 pagi: Sidang Pembentangan 3 (Bilik Senat)
Tema: DAKWAH DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Sidang Pembentangan 4 (Bilik Majlis)
Tema: DAKWAH DAN KOMUNIKASI

12.15 tgh hari: Ucaptama dan Perasmian

Ucapan Aluan Pengerusi Bicara Dakwah kali ke 15
Ucaptama: Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham
Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI.
Pengurusan Dakwah Kontemporari

Ucapan Perasmian: Prof. Dr. Nasran Muhamad
Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM.

1.00 tgh hari: Rehat dan Makan tengah hari.

2.30 – 3.30 ptg: Sidang Pembentangan 5 (Bilik Majlis)
Tema: DAKWAH DAN PENGURUSAN ORGANISASI
3.30 – 4.30 ptg: Sidang Pembentangan 6 (Bilik Majlis)

Tema: DAKWAH DAN ISU-ISU SEMASA

4.30 - 5.00 petang: Minum petang dan bersurai

SENARAI NAMA PEMBENTANG DAN KERTAS KERJA
Sila Klik sini

Jadual Pembentangan. 
Sila Klik sini

Pelajar UKM RM5
Pelajar luar UKM - RM50
Peserta bukan pelajar - RM100

Monday, February 17, 2014

Ahlan wasahlan Ahli Jabatan Baru

Jabatan mengucapkan selamat datang kepada kakitangan baru, Dr Zulkefli Aini yg memulakan khidmatnya dijabatan ini bermula pada 13 Februari 2014. Semoga jabatan ini akan terus kukuh dengan kehadiran beliau.

Sunday, February 16, 2014

BICARA DAKWAH KALI KE15

BICARA DAKWAH KALI KE 15
 
Tema: Pengurusan Dakwah Kontemporari
 
6 Mei 2014
Selasa
9.00 pagi— 5.00 petang
 
Bilik Senat, Aras 5,
Bangunan Canselori, UKM.
 
Anjuran:
Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Dan kumpulan2 penyelidikan.
 
Fokus utama kepada Bicara Dakwah kali ini ialah kepada "Pengurusan Dakwah Kontemporari" yang meliputi sub-sub tema di bawah.
• Pembangunan ilmu-ilmu Islam
• Psikologi dakwah
• Komunikasi Dakwah
Media dan Komunikasi
Dakwah saudara baru
Pribumi
• Politik dan demokrasi
• Metodologi dakwah
• Institusi dan organisasi Islam
• Generasi baru, wanita dan warga tua
• Pemikiran Islam semasa
• Metode pembelajaran dan pengajaran
• Sosial dan pendidikan
• Komuniti Marginal
• Etika dan undang-undang
 
 
Sub-sub tema lain yang difikirkan sesuai boleh juga dikemukakan.
 
Prosiding akan dionlinekan
 
Abstrak sebelum 10 April 2014. 
Kertas sebelum 30 April 2014.
Bicara Dakwah 6 Mei 2014. 

Yuran
Pembentang  : RM150
Peserta          : RM50
Pelajar          : RM50
 
Pertanyaan: Sila hubungi
Dr. Muhamad Faisal Ashaari
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
UKM, 43600 Bangi, Selangor.
Tel no. : 03-89215528 / 03-89215533
Fax no. : 03 8921 3152

Broshure: Sila KLIK SINI 

THE JOURNAL OF AL-HIKMAH

Alhamdulillah THE JOURNAL OF AL-HIKMAH sudah berada di atas talian. Untuk pengetahuan semua sebenarnya jurnal al-Hikmah ini merupakan jurnal terbitan Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan (JPDK) Fakulti Pengajian Islam UKM. Sebelum ini kami sudah menerbitkan jurnal ini secara cetakan hardcopy. Bermula tahun 2013, percubaan JPDK untuk memulakan penerbitan jurnal ini secara atas talian atau secara online. Moga-moga keberadaan jurnal ini di atas talian disedari oleh para pengguna internet khususnya yang mencari artikel-artikel berkaitan dengan dakwah dan Islam di alam maya.
 

Jurnal ini masih baharu. Oleh itu, kami berharap dalam tempoh 3 tahun jurnal ini berjaya mencapai tahap kematangannya. Dan seterusnya jurnal ini dapat diakses dengan lebih mudah pada masa hadapan. Jika kita mencari menggunakan google, masih sukar untuk mendapatkan laman ini. Oleh itu, kami di JPDK berharap agar para pengguna terus memberikan sokongan dengan terus mengakses ke http://spaj.ukm.my/jalhikmah

Terima Kasih Dr. Idris

Jabatan mengucapkan terima kasih dan Jazakallah kepada Dr. Idris Endot yang telah menamatkan khidmat sebagai pensyarah di jabatan ini.


Beliau telah berkhidmat di UKM sejak tahun 1982 hingga 2012. Kemudian khidmat beliau telah dilanjutkan hingga Disember 2013. Kini beliau telah bersara setelah menabur khidmat di UKM selama lebih 30 tahun.

Tuesday, June 7, 2011

SEMINAR KEBANGSAAN ISU-ISU ORANG ASLI DAN PERIBUMI

SEMINAR KEBANGSAAN ISU-ISU ORANG ASLI DAN PERIBUMI


PENDAHULUAN
Etnik minoriti di Malaysia yang terdiri dari Orang Asli di Semenanjung dan kaum Pribumi di Sabah dan sarawak telah membentuk sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap hal-ehwal berkaitan dengan Orang Asli dan Pribumi ini misalnya telah direalisasikan melalui kewujudan agensi yang menjaga dan mengurus hal ehwal bersangkut paut Orang Asli dan Pribumi seperti Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pengurusan hal-ehwal kaum Asli dan Pribumi ini akan dapat diperkasakan lagi dengan adanya kajian-kajian ilmiah oleh pelbagai pihak khususnya institusi pengajian tinggi. Dalam hal ini, Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi (PRIBUMI), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan turut merasa bertanggungjawab dalam inisiatif memperkasakan kaum Asli dan Pribumi melalui penyelidikan, wacana, persidangan, penerbitan serta khidmat rundingan.


Seminar Kebangsaan Isu-isu Orang Asli dan Peribumi (SKOP) 2011 ini adalah satu inisiatif PRIBUMI dalam melihat isu-isu berkaitan Orang Asli dan Peribumi dari pelbagai dimensi, sosial, ekonomi, politik, pendidikan, agama, budaya, psikologi dan lain-lain. SKOP diharap menjadi platform bagi para akademi dan stakeholder berkaitan kaumAsli dan Pribumi mengemukakan idea-idea atau input-input baru ke arah mengangkat martabat kaum Asli dan Pribumi khususnya melalui pelbagai pendekatan. Justeru, kertas ini dikemukakan bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak Fakulti Pengajian Islam bagi tujuan mengadakan SKOP 2011.


OBJEKTIF
Objektif SKOP ialah untuk :
i. Mengutarakan isu-isu atau agenda yang utama berkaitan kaum Asli dan Peribumi
ii. Memberi peluang kepada para akademia membentangkan hasil kajian berkaitan isu-isu Orang Asli dan Peribumi dari pelbagai dimensi
iii. Menjana korpus ilmiah berkaitan subjek kajian melalui input-input baru yang dibicarakan oleh para pembentang kertas .


TARIKH
16-17 November 2011 September 2010 (Rabu)


TEMPAT
Bilik Senat, UKM.


ANJURAN
Bicara PRIBUMI–I ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, dengan kerjasama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.


PENYERTAAN
Bicara PRIBUMI-I ini terbuka kepada semua;


1. Tenaga Akademik Fakulti Pengajian Islam
2. Tenaga Akademik Luar Fakulti Pengajian Islam
3. Individu yang berminat
4. Mahasiswa Pra-Siswazah dan Pascasiswazah
5. Pihak berkepentingan seperti JAKIM, JHEOA dan wakil dari kaum Asli dan Pribumi


SUB-TEMA


Fokus utama kepada SKOP 2011 ialah kepada Dakwah Orang Asli dan Peribumi yang meliputi sub-sub tema di bawah:


Pembangunan
Sosial
Politik
Ekonomi
Pendidikan
Seni dan budaya
Agama/Kepercayaan
Hak Asasi
Globalisasi
Tamadun
Bahasa Komunikasi
Sub-sub tema lain yang difikirkan sesuai boleh juga dikemukakan.

ABSTRAK 
Panduan am
Ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris
Jumlah halaman antara 12-20 muka surat.
Menggunakan huruf Times New Roman, 12 font size dan 1.5 langkau
Abstrak tidak melebihi 500 perkataan
Kertas ’research based’ dialu-alukan

Sila hantar soft copy asbtrak dan kertas kerja ke:
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam.
UKM, 43600 Bangi, Selangor.
Tel no. : 03-89215528 / 03-89215533
Fax no. : 03 8921 3152
E-mail :
faisal@ukm.my  / a.g.don@ukm.my

Broshure: Klik sini.

Wednesday, April 27, 2011

Takziah


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji dan sanjungan hanya untuk Allah, mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan kepada hamba Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya sekalian.

Dukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, telah kembali ke rahmatullah pada 22 April 2011 (Jumaat). Allahyarham juga bertugas sebagai Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampung asal Allahyarham di Temerloh, Pahang.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.Amin ya Rabbal Alamin. Al Fatihah.

Monday, April 11, 2011

Tahniah kepada Ketua Jabatan yang baru.

Seluruh warga Fakulti Pengajian Islam UKM merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit, yang telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, selama tiga tahun berkuatkuasa pada 01 April 2011 hingga 31 Mac 2014.

Surat Berantai: Sebar atau Biar?


TV al-Hikmah
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

Penampilan pelajar FPI - dulu dan sekarang.


TV al-Hikmah
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.