BICARA DAKWAH KALI KE 15
“Pengurusan Dakwah Kontemporari”
PENDAHULUAN
“Pengurusan Dakwah Kontemporari”
PENDAHULUAN
Perkembangan pesat dalam arus kemodenan telah menyaksikan perubahan landskap geo politik dan social yang sangat berbeza berbanding dengan 10 tahun yang lalu. Interaksi sesama manusia berlaku sangat pantas yang memerlukan kepada manusia yang gaya dan budaya berfikir yang baru. Justeru, dalam menjalankan usaha dakwah, pengurusan dakwah yang sesuai dengan keadaan semasa amat diperlukan. Ia perlu menyentuh pelbagai aspek pengurusan manusia dari pengurusan kehidupan peribadi hinggalah kepada pengurusan politik antarabangsa.
Memandangkan pengurusan dakwah merupakan bidang yang penting untuk ditumpukan untuk menjayakan dakwah, ia perlu dijalankan secara kolektif dan bersepadu. Bicara Dakwah kali ini sebagai salah satu
usaha itu bagi mengumpulkan pandangan, idea-idea, hasil kajian dan sebagainya untuk bukan sekadar untuk membangunkan konsep dan teori, tetapi boleh memberikan cadangan dan saranan yang praktikan untuk diaplikasikan di dalam bidang dakwah.
OBJEKTIF
Objektif Bicara Dakwah Ke 15 ini ialah untuk:
1. Membincangkan konsep, teori dan pelaksanaan berkaitan pendekatan baru di dalam dakwah era kontemporari.
2. Membincangkan idea-idea, hasil kajian dan penemuan terbaru dalam dakwah kontemporari.
3. Membincangkan rangka dan strategi yang berkesan di dalam menguruskan dakwah dalam dunia kontemporari.
TENTATIF
8.30 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: Ucapan Pengerusi Bicara Dakwah kali ke 15
9.15 pagi: Sidang Pembentangan 1 (Bilik Senat)
Tema: DAKWAH DAN PSIKOLOGI & KAUNSELING
Sidang Pembentangan 2 (Bilik Majlis)
Tema: DAKWAH DAN KOMUNIKASI
10.45 pagi: Rehat
11.00 pagi: Sidang Pembentangan 3 (Bilik Senat)
Tema: DAKWAH DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Sidang Pembentangan 4 (Bilik Majlis)
Tema: DAKWAH DAN KOMUNIKASI
12.15 tgh hari: Ucaptama dan Perasmian
Ucapan Aluan Pengerusi Bicara Dakwah kali ke 15
Ucaptama: Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham
Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI.
Pengurusan Dakwah Kontemporari
Ucapan Perasmian: Prof. Dr. Nasran Muhamad
Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM.
1.00 tgh hari: Rehat dan Makan tengah hari.
2.30 – 3.30 ptg: Sidang Pembentangan 5 (Bilik Majlis)
Tema: DAKWAH DAN PENGURUSAN ORGANISASI
3.30 – 4.30 ptg: Sidang Pembentangan 6 (Bilik Majlis)
Tema: DAKWAH DAN ISU-ISU SEMASA
4.30 - 5.00 petang: Minum petang dan bersurai
Sila Klik sini
Jadual Pembentangan.
Sila Klik sini
Pelajar UKM RM5
Pelajar luar UKM - RM50
Peserta bukan pelajar - RM100